Carian
Project G-Assist Adalah Pembantu AI Untuk Kawal Komputer Dengan GPU GeForce RTX
January 7, 2025 Fahim Zahar

NVIDIA Project G-Assist akhirnya akan tiba ke tangan pengguna bermula bulan Februari nanti. Project G-Assist adalah pembantu AI untuk pengguna komputer dengan GPU GeForce RTX yang boleh mengawal tetapan prestasi dan GPU.

Project G-Assist menggunakan SLM, Small Language Model dan dijalankan terus pada komputer melalui aplikasi NVIDIA. G-Assist kemudiannya boleh melakukan diagnostik secara masa nyata dan memberi cadangan untuk meningkatkan prestasi peranti.

Pengguna turut boleh bertanya sebarang soalan mengenai masalah prestasi komputer dan G-Assist boleh membantu menyelesaikannya. G-Assist turut boleh membantu pengguna mengawal komputer seperti mengubah kelajuan kipas, mengawal sistem lampu RGB atau juga pelbagai perkakasan dan aksesori dari pelbagai jenama.

Menurut NVIDIA, G-Assist adalah perkhidmatan percuma sepenuhnya kerana ia menggunakan tenaga dan kuasa dari dalam GPU secara terus. Ciri seperti PUBG Ally dengan NVIDIA ACE turut akan menggunakan G-Assist.

Komen