Dengan siri RTX 50XX dilancarkan pagi ini, komputer riba gaming pertama dengan kad grafik terkini ini telahpun dilancarkan oleh ASUS. ASUS Zephyrus G16 sebagai model paling mercu hadir dengan skrin OLED ROG Nebula Display beresolusi 2.5K dan kadar segar semula 240Hz. Panel ini menyokong 100% warna DCI-P3, melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500 dan Dolby Vision.
Ini dipadankan dengan cip pemproses Intel Core Ultra 9 285H, kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090, memori sehingga 64GB RAM dan storan sehingga beberapa TB. Kerangka komputer riba gaming ini diperbuat daripada aluminium dengan ketebalan 1.49cm dan berat pula 1.85kg.
ASUS Zephyrus G14 pula dilengkapi skrin OLED ROG Nebula Display beresolusi 3K dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini menyokong 100% warna DCI-P3, melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500 dan Dolby Vision.
Ini dipadankan dengan cip pemproses AMD Ryzen AI 9 HX 370 kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5080, memori sehingga 64GB RAM dan storan sehingga beberapa TB. Kerangka komputer riba gaming ini juga diperbuat daripada aluminium dengan ketebalan 1.5cm dan berat pula 1.59kg.
Harga jualan kedua-dua komputer riba ini masih belum diumumkan.