ASUS ROG Flow Z13 Baharu Dilancarkan Dengan APU Strix Halo
Effi Saharudin
Selepas tertiris pada pertengahan bulan lalu, ASUS ROG Flow Z13 baharu telah dilancarkan di CES dengan ia merupakan tablet gaming yang hadir dengan APU AMD Ryzen AI Max+ 395 Strix Halo. Ia menggabungkan 16 teras CPU Zen 5, GPU Radeon 8060S dengan 40 CU dan NPU dengan kemampuan 50 TOPS. Menurut ASUS, ROG Flow Z13 boleh menjalankan LLM dengan 70B parameter terus daripada peranti dan juga menjadikannya sebuah CoPilot+ PC.

Spesifikasi lain tablet ini ialah skrin 13″ 2.5K ROG Nebula Display dengan kadar segar semula 180Hz, memori sebesar 128GB LPDDR5X 8000MHz RAM, storan sebesar beberapa TB dan bateri pula sebesar 70Wh. Pilihan I/O pula ialah USB-C yang menyokong DisplayPort 1.4, HDMI 2.1, USB A port, slot microSD dan juga bicu audio 3.5mm.
Penambahbaikan lain yang dilakukan ialah pad sesentuh yang lebih besar hayat bateri lebih lama menerusi APU Strix Halo. Sistem penyejukan Arc Flow Fans generasi kedua pula memberikan peningkatan aliran udara 70% lebih baik dan pada waktu yang sama lebih senyap. Harga jualan belum lagi diumumkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.