Carian
ASUS ROG Strix SCAR 16, Strix SCAR 18, Strix G16 dan Strix G18 Dilancarkan Dengan RTX 5090
January 7, 2025 Effi Saharudin

ASUS ROG Strix SCAR 16, Strix SCAR 18, Strix G16, dan Strix G18 dilancarkan hari ini masing-masing hadir dengan ciri yang pastinya menjadi idaman golongan gamer. Siri ROG Strix G16 dan ROG Strix G18 ditawarkan dengan skrin 16″ atau 18″ IPS LCD resolusi 2560×1600 pixel 240Hz.

Ini boleh dipadankan kepada pilihan cip pemproses Intel Core Ultra 9 275HX atau AMD Fire Range HX 16C. Pilihan kad grafik pula sehingga NVIDIA RTX 5080 pada model Intel dan sehingga NVIDIA RTX 5070 Ti pada model AMD. Memori pula adalah sehingga 64GB DDR5-5600, storan 2TB PCIe 4.0 SSD dan bateri 90Wh.

Pilihan I/O pula ialah 2x USB-C USB 4.0 (Thunderbolt 5 pada model Intel), 1x HDMI 2.1, 1x 1G LAN dan bicu audio a 3.5mm. Sambungan WiFi 6E dan Bluetooth 5.3 turut disertakan sekali.

ASUS ROG Strix SCAR 16 dan ROG Strix SCAR 18 pula hadir dengan skrin 16″ atau 18″ Mini LED ROG Nebula HDR Display yang mencapai keterangan puncak 1200 nit. Pemproses yang digunakan ialah Intel Core Ultra 9 275HX yang dipadankan dengan kad grafik GeForce RTX 5090, memori sehingga 64GB DDR5-6400 RAM, storan 2TB NVME SSD dan bateri 90Wh.

Komputer riba dilengkapi dengan lampu RGB pada bahagian bingkai dan juga panel AniMe Vision pada bahagian penutup yang boleh diprogramkan untuk memaparkan pelbagai corak yang dipilih sendiri oleh pengguna. Proses menukar RAM dan SSD juga dipermudahkan menerusi panel akses pantas pada bahagian bawah yang memerlukan sebarang peralatan untuk dibuka.

Harga jualan untuk siri ASUS ROG Strix G ialah bermula $1899.99 (~RM8526) sementara untuk ASUS ROG Strix SCAR pula bermula $2,599 (~RM 11,663) sebuah.

Komen