Siapa ingat akan rekaan dwi-tona Google Pixel 2 yang cukup popular? Ia menggunakan satu panel kaca dengan proses kemasan unik kerana satu bahagian peranti adalah kusam dan selebihnya berkilat. Konsep rekaan ini mungkin akan digunakan pada iPhone 17 menurut maklumat yang ditiriskan oleh Fixed Focus Digital menerusi Weibo.
Panel belakang iPhone 17 akan menggabungkan penggunaan bahan aluminium pada bonggol atas yang meletakkan lensa kamera sementara bahan kaca pula digunakan pada bahagian bawahnya.
Penggunaan titanium juga dikatakan mungkin akan dihentikan dengan model Pro mungkin menggunakan bahan aluminium di bahagian atas dan kaca di bahagian bawah. Buat masa ini masih tidak jelas jika rekaan baharu terkesan pada model Pro sahaja atau kesemua iPhone 17.