Carian
Apple Dilaporkan Ingin Memperluaskan Penawaran Apple News Ke Negara Lain
January 7, 2025 Aman

Apple sedia menawarkan platform yang menghimpunkan berita dibawah Apple News, memudahkan para pengguna membaca pelbagai berita dengan mudah dibawah satu platform. Namun, sejak diperkenalkan pada 2015 yang lepas, Apple News masih terhad ke beberapa negara sahaja.

Mengikut laporan FT hari ini, ia dilaporkan Apple sedang merancang untuk memperluaskan penawaran aplikasi Apple News mereka ke pasaran lain, sekaligus mempelbagaikan lagi penjanaan pendapatan termasuk perkongsian pendapatan bersama penerbit kandungan. Apple sedia bereksperimen dengan paparan iklan pada Apple News sebelum ini.

Ia dikatakan Apple News sedia menjadi sumber rujukan bacaan berita utama ramai pengguna di barat, apatah lagi aplikasi berkenaan hadir terbina bersama iPhone. Selain versi percuma, Apple News+ turut menawarkan akses kepada sejumlah akhbar, majalah, permainan tekaria dan sebagainya melalui aplikasi sama, pada harga langganan yang kompetitif.

Pada hari ini, Apple News+ mempunyai sekitar 450 penerbit yang menyertainya, dan angka tersebut semestinya meningkat mendadak apabila dilancarkan secara global ke lebih banyak negara kelak.

Komen