Mark Zuckerberg hari ini memaklumkan yang mereka akan mula implementasi penggunaan “nota komuniti” pada platform sosial mereka seperti Facebook, sekaligus menggantikan penyemak fakta tersendiri sebelum ini.
Disamping itu, beberapa perkara akan diubah berkenaan dengan polisi kandungan pada platform dibawah Meta, termasuk membuang halangan terhadap beberapa topik, selain memfokuskan komuniti yang mesra dan positif.
Implementasi ini dijangka dilakukan secara berperingkat, bermula di Amerika Syarikat. Disamping itu, Mark Zuckerberg turut menekankan akan lebih bekerjasama dengan Presiden akan datang, Donald Trump bergerak kehadapan. Langkah ini juga dipercayai akan memberikan lebih ruangan kepada pengguna dalam berkongsi suara melalui platform dibawah Meta.