Minggu lalu hotel milik Donald Trump di Las Vegas telah diserang dengan sebuah Cybertruck yang diletupkan di bahagian lobi. Motif serangan masih belum diketahui tetapi pihak berkuasa bersama dengan FBI dan ATF mengesahkan ChatGPT telah digunakan untuk merancang serangan tersebut.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2025/01/Serangan-bom-ChatGPT-950x535.jpg)
Antara soalan yang ditanya oleh Matthew Livelsberger yang melakukan serangan ialah mencari sumber bahan letupan, dimana boleh membeli senjata di Denver dan apakah senjata yang perlu digunakan untuk menyebabkan Tennerite (sejenis bahan letupan) meletup. Pihak berkuasa tidak tahu bagaimana soalan-soalan ini boleh ditanya kerana ia melanggar terma dan syarat ChatGPT.
Insiden serangan letupan ini berlaku beberapa jam selepas sebuah lagi serangan menggunakan trak dilakukan di New Orleans. Kedua-dua insiden dipercayai tidak berkait antara satu sama lain. Yang pasti chatbot yang dibangunkan untuk membantu mencari maklumat kini telah digunakan bagi tujuan melakukan serangan pengganas di Amerika Syarikat.