Carian
Lenovo ThinkBook Plus Gen 6 Dilancarkan Dengan Skrin Bergulung
January 8, 2025 Effi Saharudin

Lenovo ThinkBook Plus Gen 6 dengan skrin bergulung untuk menjadi lebih besar kini dilancarkan secara rasmi di CES. Seperti imej yang tertiris sebelum in, ThinkBook Plus Gen 6 hadir dengan skrin 14″ OLED 2000 x 1600 pixel bergulung yang boleh memanjang ke atas untuk meningkatkan saiz ke 16.7″ 2000 x 2350 pixel. Ini dilakukan dengan menekan sebuah butang khas atau melakukan aksi lambaian ke kamera web.

Apabila dibuka, luas skrin meningkat 50% berbanding asal membolehkan dua aplikasi dibuka dan disusun di atas satu sama lain bagi memudahkan multi tugasan. Komputer dilengkapi cip sehingga Intel Core Ultra 7, memori sehingga 32GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 1TB PCIe Gen4 dan bateri 66Whr yang menyokong pengecasan 66W.

Hanya terdapat port USB-C Thunderbolt 4 dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio pula terdiri daripada dua speaker 2W Harman/Kardon dengan sokongan Dolby Atmos. Kamera web pula sebesar 5MP dengan sistem infra merah yang hadir dengan penutup fizikal. Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka sebesar 1.7 kilogram

Lenovo ThinkBook Plus Gen 6 akan dijual bermula Jun 2025 dengan harga bermula $3,499 (~RM 15,733) sebuah.

Komen