Sekarang, cara terbaik untuk menilai populariti pencipta kandungan adalah berdasarkan jumlah pelanggan YouTube mereka atau jumlah pengikut, di samping melihat jumlah tontonan. Akan datang, YouTube mungkin tidak lagi akan memaparkan jumlah pelanggan pencipta kandungan.
Untuk fasa awal dan dalam fasa ujian, hanya untuk kandungan artis di YouTube Music, paparan jumlah pelanggan akan digantikan kepada metrik audiens bulanan. Metrik baharu ini akan terkesan kepada kandungan video dan audio YouTube Music, video YouTube dan juga video YouTube Shorts.
Metrik Audiens Bulanan baharu ini mengira jumlah penonton dan jumlah pendengar aktif setiap hari. Nombor yang akan terpapar adan nombor unik pendengar dan penonton sejak 28 hari lepas. Sesetengah artis akan kekal melihat jumlah pelanggan dan yang lain akan melihat metrik baharu ini.
Buat masa ini masih tidak jelas jika paparan metrik baharu ini akan terkesan kepada pencipta kandungan lain atau kekal terhad untuk artis YouTube Music sahaja.