Carian
Apple / LG
LG UltraFine 6K Monitor Baharu Dilancarkan – Pesaing Apple Studio Display Lebih Murah
January 8, 2025 Fahim Zahar

Apple hanya ada dua monitor tersendiri iaitu Studio Display yang dijual pada harga bermula RM6,999 dan Pro Display XDR yang dijual pada harga bermula RM19,999. Disebabkan itu, banyak pengeluar monitor menawarkan versi alternatif dengan harga lebih rendah.

LG UltraFine 6K

BenQ DesignVue dan LG UltraFine antara monitor pihak ketiga yang menawarkan rekaan seakan produk Apple. Di CES 2025, LG UltraFine 6K 32U990A telah diperkenalkan. Dengan resolusi 6K, ia adalah lebih baik berbanding generasi lepas dan juga Apple Studio Display yang terhad kepada 5K. Bukan itu sahaja. monitor ini turut menyokong sambungan USB-C Thunderbolt 5 untuk kelajuan pemindahan data sehingga 80Gbps.

Apple Studio Display

LG UltraFine 6K baharu ini turut menyokong mod paparan Nano IPS Black untuk warna hitam gelap seakan OLED. Dari segi kejituan warna, paparannya menyokong sehingga 99.5% warna RGB Adobe dan 98% gamut warna DCI-P3. Resolusi penuh skrin adalah 6016 x 3384 dengan panel bersaiz 32-inci, tetapi kadar segar semula 60Hz atau 120Hz tidak didedahkan.

LG turut membawakan sokongan DisplayPort 2.1 pada Thunderbolt 5, bermakna monitor ini secara teorinya boleh menyokong 2x paparan 8K dengan 60hz atau 3x paparan 4K pada kadar 144Hz. Harga jualan juga masih belum didedahkan, tetapi dijangkakan adalah sekitar RM6000.

Komen