Dell kini hadir dengan monitor gaming OLED baharu menerusi Alienware AW2725Q di CES 2025. Ia menggunakan panel 26.7″ QD-OLED dengan resolusi 4K, kadar segar semula 240Hz dan ketumpatan piksel 166 (ppi). Ia juga digabungkan dengan kedua-dua teknologi AMD FreeSync Premium Pro dan Nvidia G-Sync bagi memastikan visual yang semasa sesi permainan. Selain itu mempunyai persijilan Dolby Vision HDR dan VESA DisplayHDR True Black 400 untuk prestasi warna realistik bersama kontras yang mendalam.
Apabila Creator Mode diaktifkan, ia membenarkan pengguna untuk melaraskan profil warna diantara DCI-P3 dan sRGB dengan mudah. Algoritma AI khusus juga disediakan bagi bantu mengelakkan masalah skrin mudah terbakar sekali gus memanjangkan ketahanannya. Ia juga mempunyai sepasang port HDMI 2.1 yang menyokong sehingga 4K dengan HDR, VRR, ALLM dan eARC. Lain-lain spesifikasi termasuk ruang pengudaraan 360 darjah, pengurusan kabel dipertingkatkan dan cagak lebih kecil untuk penjimatan ruang. Alienware AW2725Q dijual pada $900 (~RM4,049) sebuah.