Carian
Realme Note 60x Dijual Di Malaysia Pada Harga RM369
January 8, 2025 Amy Maizuraa

Realme melancarkan telefon pintar baharu Note X60 untuk pasaran tempatan pada hari ini. Ia menampilkan spesifikasi kelas asas dengan penawaran harga mampu milik. Sekali gus pengguna dapat menikmati pengalaman pembelian yang lebih pelbagai.

Menyentuh mengenai spesifikasi, ia menggunakan skrin LCD HD+ 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan dengan cip Unisoc T612, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB sebagai tunjang utama.Bateri 5000mAh disediakan boleh dicas melalui pengecasan 10W dan port USB-C. Realme juga menampilkan kamera utama 8MP dan swafoto 5MP sebagai pelengkap. Note 60x dijual di Malaysia pada harga RM369 dengan pilihan warna Marble Black dan Wilderness Green.

Komen