Anthropic Dalam Perbincangan Untuk Meraih Dana Pada Nilai Syarikat Mencapai $60 Bilion
Aman
Anthropic, salah satu pesaing terdekat OpenAI melalui penawaran Claude AI mereka, kini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk meraih suntikan dana berjumlah $2 bilion, sekaligus menilaikan firma kecerdasan buatan berkenaan sekitar $60 bilion.
Anthropic terkenal dengan penawaran chatbot Claude, dan turut digunakan meluas dalam membantu untuk menyelesaikan sejumlah tugasan termasuk pengaturcaraan. Sebelum ini, Anthropic telah menerima suntikan pelaburan daripada Amazon, berjumlah $8 bilion. Selain Amazon, antara pelabur lain dalam firma kecerdasan buatan Anthropic adalah termasuk Google.
Buat masa ini, pihak Anthropic masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, dan dijangka melakukannya dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.