Carian
NVIDIA Berminat Menghasilkan Cip Untuk Komputer Desktop Pula
January 8, 2025 Effi Saharudin

Isnin lalu NVIDIA melancarkan Project DIGITS yang merupakan sebuah superkomputer mini yang boleh digunakan di rumah bagi melatih model AI di rumah pada harga $3000. Tetapi CEO NVIDIA Jensen Huang kini memberikan petanda langkah seterusnya ialah untuk syarikat beliau melancarkan pula CPU untuk komputer desktop pula.

Cip GB10 Grace Blackwell yang digunakan pada Project DIGITS dibangunkan dengan kerjasama MediaTek menggunakan senibina Arm. NVIDIA sudahpun mempunyai pegangan kukuh dalam pasaran CPU dan GPU untuk AI serta GPU untuk kad grafik gaming berkuasa tinggi. Pengalaman mereka dan MediaTek boleh digunakan untuk memberikan persaingan kepada Qualcomm dalam pasaran cip ARM untuk PC.

Komen