Carian
Bytedance Mula Memasarkan Aplikasi Memfokuskan Drama-Mikro – Melolo
January 8, 2025 Aman

Melalui populariti TikTok, salah satu trend video yang turut meningkat naik adalah trend drama mikro. Drama-mikro ini hadir dengan durasi setiap episod sekitar seminit, dan ia dipecahkan sekitar seratus episod untuk sesuatu judul. Setiap episod turut diakhir dengan kaedah tergantung jalan ceritanya, membuatkan penonton ingin meneruskan tontonan ke episod-episod seterusnya.

Melalui TikTok, trend drama-mikro ini meningkat naik pada tahun 2023, dan ia disasarkan sekitar 300 juta pengguna global menonton drama-mikro. Selari dengan langkah ini, kini Bytedance turut telah memasarkan aplikasi memfokuskan drama-mikro mereka tersendiri, dinamakan Melolo.

Buat masa ini, ia menghimpunkan drama-drama dari China, dan ditawarkan secara percuma tanpa sebarang bayaran. Mungkin sekiranya eksperimen Bytedance ini berjaya, mereka akan melakukan pelaburan tinggi dalam arena kandungan drama-mikro rentas pasaran dalam pelbagai bahasa, termasuk mengenakan bayaran untuknya.

Untuk makluman, selain Melolo, terdapat beberapa aplikasi yang sedia memasarkan penawaran mereka melalui TikTok, termasuk antaranya adalah aplikasi DramaBox dan ReelShort. Kedua-duanya memfokuskan penawaran drama-mikro dengan durasi setiap episod sekitar seminit, dan membawa kepada ratusan episod. Di Malaysia juga, Astro turut bereksperimen dengan drama-mikro dan menerbitkannya melalui TikTok. Mengikut beberapa penganalisa, trend drama-mikro ini dijangka akan terus meningkat naik permintaannya bergerak kehadapan.

Komen