Carian
Motosikal Rictor Skyrider X1 Boleh Terbang Sehingga 40 Minit
January 9, 2025 Effi Saharudin

Terdapat beberapa prototaip kereta dan teksi terbang telah kami paparkan di Amanz sejak setengah dekad yang lalu. Boleh dikatakan 99% prototaip yang dihasilkan tidak menjadi produk sebenar kerana tiadanya sambutan oleh orang ramai. Maka di CES 2025, motosikal terbang Rictor Skyrider X1 telah diperlihatkan sebagai mod pengangkutan masa depan yang lebih praktikal.

Rictor Skyrider X1 boleh beroperasi seperti sebuah skuter tertutup apabila di atas jalan raya yang boleh membawa 2 orang penumpang. Dalam mod terbang, empat tangkai untuk sistem kuadrotor akan dibuka dengan lapan kipas elektrik. Menurut Rictor, motosikal terbang berkuasa elektrik mereka boleh terbang sehingga 40 minit pada kelajuan sehingga 100 km/j.

Terdapat sistem keselamatan seperti payung terjun kecemasan dan ia masih boleh. terbang walaupun dengan satu motor gagal berfungsi. Pengeluar turut berkata ia mempunyai kemampuan swaterbang tanpa kendalian manusia. Pengeluar ingin menawarkan motosikal terbang ini pada tahun 2026 dengan harga bermula $60,000 (~RM270,000) sebuah.

Komen