Carian
Nikon dan NASA Memperlihatkan Kamera Yang Akan Digunakan Di Permukaan Bulan
January 9, 2025 Effi Saharudin

Misi Artemis III akan mengembalikan semula manusia ke permukaan bulan pada tahun 2027. Ia pertama kami akan dilakukan sejak program Apollo berakhir pada tahun 1971. Untuk merakam detik bersejarah ini, Handheld Universal Lunar Camera (HULC) telah dibangunkan oleh NASA dengan bantuan Nikon sejak 2023. Di CES, NASA dan Nikon berkongsi lebih banyak maklumat mengenai HULC.

HULC disahkan adalah sebuah Nikon Z9 yang telah diubahsuai supaya boleh digunakan dalam suhu ekstrim permukaan bulan. Suhu bulan boleh turun sehingga 173°C sebelum meningkat ke 127°C apabila berhadapan dengan matahari. Disamping itu debu bulan boleh merosakkan lensa kamera dan juga komponen dalaman. Oleh itu HULC hadir dengan selimut termal yang melitupi keseluruhan tubuh kamera

Walaupun ditutupi selimut, kesemua butang kawalan kamera telah diubahsuai supaya masih boleh diakses angkasawan ketika melalukan mis di atas permukaan bulan kelak. HULC ialah hasil usahasama NASA dan Nikon sejak misi Apollo kerana pada waktu tersebut lensa Nikon digunakan. Sejak 1999 pula, Nikon menjadi kamera rasmi angkasawan NASA di Stesen Angkasa Antarabangsa untuk mengambil gambar bumi.

Komen