Google baru-baru ini telah memperluaskan sokongan perkongsian fail Quick Share dengan kaedah baru. Ciri ini telah diuji sejak Disember tahun 2024. Ia adalah dengan menggunakan kod QR, di mana pengguna tidak perlu menyimpan butiran seseorang sebagai kenalan dan tidak perlu hidupkan ciri perkongsian kepada semua.
Semasa ingin berkongsi apa jua fail, selepas tekan butang Quick Share dan mencari peranti berdekatan akan ada butang Use QR code. Tekan sahaja butang ini, mana-mana peranti boleh imbas dan dapatkan fail yang sama.
Ciri ini bukan satu perkara baru kerana pada peranti Samsung, sokongan perkongsian Quick Share dengan kod QR telah pun disokong. Ia berfungsi dengan konsep lebih kurang sama, di mana sesiapa yang ada akses kepada kod ini boleh terus menerima perkongsian fail.
Buat masa ini, ciri ini diedarkan secara berperingkat kepada semua orang. Anda akan menerima ciri ini dalam kemas kini Google Play Services tidak lama lagi.