Carian
Pantum Perkenal Pencetak Laser Mampu Milik Dengan Harga Bermula RM299
January 9, 2025 Amy Maizuraa

Mesin pencetak laser mungkin memerlukan pelaburan yang tinggi tetapi pengenalan Pantum BP2300W dan BM2300AW di Malaysia boleh dianggap sebagai penyelesaian yang menarik. Ia dijual bermula RM299 untuk BP2300W dengan fungsi cetak sahaja. Manakala model BM2300AW pula berharga RM599 dengan kemampuan mencetak, menyalin dan mengimbas dalam satu peranti.

Pantum BM2300AW

Kedua-duanya menawarkan rekaan kompak dan minimalis sesuai untuk ruang pejabat kecil. Sambungan boleh dilakukan melalui bluetooth, Wi-Fi 2.4GHz serta aplikasi Pantum untuk kemampuan mencetak terus daripada pelbagai peranti yang disokong. Selain itu mampu mencetak sehingga 22 muka surat dalam masa satu minit dengan masa cetakan pertama kurang daripada 7.8 saat. Sudah semestinya model Pantum BM2300AW menyediakan kelebihan yang meliputi kemampuan menyalin dan mengimbas pada resolusi tinggi mencapai resolusi 1,200 dpi untuk imej dan teks lebih jelas.

Pantum BP2300W

Dengan penggunaan yang cekap membolehkan satu toner TL-2310H mencetak sehingga 1,600 muka surat. Turut disediakan kebolehan mod tidur automatik bagi tujuan penggunaan tenaga elektrik atau kuasa elektrik yang rendah. Anda yang berminat boleh mendapatkan kedua-dua mesin pencetak ini melalui pengedar sah Pantum di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Komen