Carian
Realme 14 Pro+ Dilancarkan – Cip Snapdragon 7s Gen 3 Dan Bateri 6000mAh
January 9, 2025 Amy Maizuraa

Realme 14 Pro+ dilancarkan di China pada hari ini. Ia dilengkapi dengan skrin melengkung 6.83-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan teknologi khusus 3840Hz PWM Dimming yang bantu mengurangkan kerlipan dan ketegangan mata untuk pengalaman tontonan yang selesa.

Menguasai peranti adalah cip Snapdragon 7s Gen 3, memori 12GB LPDDR4X RAM, storan dalaman 256GB / 512GB (UFS 3.1) dan perisian Realme UI 6.0. Sistem kamera terdiri dengan 50MP utama (Sony IMX896), 8MP ultra-lebat dan 50MP periskop telefoto (Sony IMX882) dengan pengimejan HYPERIMAGE+. Terdapat juga kamera 32MP di hadapan untuk panggilan video dan gambar swafoto.

Bateri 6,000mAh boleh dicas semula menggunakan sistem pengecasan pantas 80W SuperVOOC. Lain-lain spesifikasi ialah imbasan cap jari di skrin, pembesar suara stereo, NFC, bluetooth 5.2 dan kalis air IP69. Harga jualan rasmi bermula RMB 2599 (~RM1,595) (12GB + 256GB) dan RMB2799 (~RM1,717) (12GB + 512GB) sebuah.

Komen