Carian
Kiosk Sentuhan MADANI Mudahkan Urusan Rakyat Berkaitan Perkhidmatan Kerajaan Dan Swasta
January 9, 2025 Amy Maizuraa

Kiosk Sentuhan MADANI dilancarkan secara rasmi di pusat beli-belah Alamanda pada hari ini. Ia merupakan inisiatif baharu dalam memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Selain itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Unit Pantau MADANI serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Sumber gambar – Ketua Setiausaha Negara Malaysia 

Tujuan utama diperkenalkan Kiosk Sentuhan MADANI ialah untuk mengumpulkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi strategik. Lalu memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan dengan lebih efisien terutamanya di luar waktu pejabat. Lebih 90 jenis perkhidmatan disediakan melalui beberapa kiosk agensi meliputi Pengangkutan Jalan (JPJ), MyDigital ID (MIMOS), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam pada itu, berharap lebih banyak syarikat korporat tampil bantu menjayakan lagi inisiatif ini. Kiosk kedua pula akan dipasang di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur sekitar penghujung Februari nanti.

Komen