Seperti pelbagai syarikat teknologi, Microsoft turut membangunkan model bahasa mereka tersendiri, dinamakan Phi-4. Pada awalnya, Phi-4 ditawarkan melalui Microsoft Azure Foundry sahaja, dan hari ini gergasi perkomputeran berkenaan mengambil langkah kehadapan, dengan menawarkan model tersebut dalam bentuk sumber terbuka.
Phi-4 seperti pada namanya merupakan model generasi ke-4, dan dilatih menggunakan pelbagai laman web pada domain awam, buku akademik, dataset soal-jawab, dan juga data sintetik. Ia menawarkan binaan 14 bilion parameter, dengan berasaskan kepada Transformer.
Selain Microsoft, Meta turut menawarkan model bahasa raya mereka dalam bentuk sumber terbuka, iaitu Llama 3.2. Perkembangan kecerdasan buatan juga memperlihatkan pelbagai syarikat mengambil langkah membangunkannya dalam bentuk sumber terbuka – sekaligus membolehkan lebih ramai menyumbang kepada dataset dan melatih model membentuk penawaran yang lebih efisien.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Microsoft ini dilaman HuggingFace hari ini.