Carian
Apple Mengatakan Tidak Jual Data Siri Kepada Pihak Ketiga, Termasuk Guna Untuk Pengiklanan
January 9, 2025 Aman

Apple baru-baru ini telah bersetuju membayar pampasan sebanyak $95 juta selepas Siri didapati melakukan rakaman audio pengguna tanpa kebenaran. Apple menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah, dan tidak membawa kepada perbicaraan lanjut.

Apple Siri

Lanjutan daripadanya, hari ini Apple melalui laman rasmi mengatakan mereka komited dalam terus melindungi data pengguna, dan privasi menjadi fokus utama dalam pembangunan produk mereka. Pada masa yang sama, Apple turut menekankan tidak pernah guna data daripada Siri untuk membangunkan profil pengguna untuk pemasaran, tidak pernah menawarkannya untuk pengiklanan, dan tidak pernah menjual data tersebut atas sebarang tujuan.

Sebelum ini, siasatan TheGuardian pada 2019 yang lepas mendapati Siri boleh diaktifkan secara tidak sengaja oleh pengguna dimana ia merakam perbualan, dan rakaman audio digunakan untuk tujuan latihan – yang kemudiannya di dengari oleh kontraktor pihak ketiga. Ada kalanya perbualan yang peribadi turut dirakam dan didengari. Apple seterusnya telah mengubah tetapan pada peranti mereka.

Melalui perkongsian Apple hari ini, mereka menekankan beberapa kali berkenaan privasi, dan mengatakan ia menjadi teras utama penawaran produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna.

Komen