Carian
Model AI Meta Dilatih Menggunakan Karya Yang Dicetak Rompak
January 10, 2025 Effi Saharudin

Model kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh Meta telah dilatih menggunakan data karya-karya yang dicetak rompak. Dalam dokumen saman yang difailkan oleh sekumpulan penulis ke atas Meta, terdapat bukti Meta sedar data yang digunakan adalah daripada sumber cetak rompak.

Set data yang daripada Library Genesis (LibGen) yang mengandungi jutaan karya yang dicetak rompak dibenarkan digunakan untuk melatih AI Llama oleh Mark Zuckerberg sendiri. Saman difailkan penulis novel seperti Richard Kadrey dan Christopher Golden serta pelawak komediri Sarah Silverman. Meta sebelum ini mengatakan melatih data menggunakan data yang boleh diakses secara terbuka sepatutnya dilihat sebagai tidak melanggar undang-undang hak cipta.

Library Genesis ialah projek perpustakaan digital yang mengandungi 2.4 juta buku bukan fiksyen, 2.2 juta buku fiksyen, 80 juta artikel majalah sains, 2 juta komik dan 0.4 juta majalah. Laman LibGen telah beberapa kali dihalang dan ditutup kerana menawarkan akses karya cetak rompak secara percuma. Perputakaan cetak rompak ini telah diarahkan membayar ganti rugi $30 juta kepada penerbit tahun lalu walaupun tiada siapa tahu siapakah pengendalinya.

Komen