Tesla Model Y telah dikemaskini dengan rekaan yang mirip Cybertruck pagi ini. Rekaan baharu “Juniper” ini telah beberapa kali tertiris ke arena web dengan ia adalah kali pertama kenderaan diberikan wajah baharu sejak Model Y dilancarkan pada tahun 2019.
Lampu hadapan kini adalah palang memanjang seperti Cybertruck menggantikan konfigurasi dua lampu hapadan standard. Pada bahagian belakang pula, palang lampu mereka memanjang sekali lagi seakan Cybertruck menggantikan dua lampu biasa.
Di Malaysia dua model ditawarkan. Tesla Model Y Launch Series RWD ditawarkan dengan kelajuan maksimum 201 km/j, pecutan 0-100 dalam masa 5.9 saat dan jarak perjalanan 466 km WLTP. Tesla Model Y Launch Series AWD pula ditawarkan juga dengan kelajuan maksimum 201 km/j, pecutan 0-100 dalam masa 4.3 saat dan jarak perjalanan 551 km WLTP.
Harga jualan untuk Tesla Model Y Launch Series RWD bermula daripada RM195,450 sebuah manakala Tesla Model Y Launch Series AWD pula pada harga bermula RM242,450 sebuah. Kedua-duanya hadir dengan lima pilihan warna tubuh dan dua pilihan warna dalaman. Kenderaan yang ditempah hari ini dijangka tiba pada penghujung April depan.