Carian
Disney+ Akan Menyokong Paparan HDR10+ Tidak Lama Lagi
January 10, 2025 Fahim Zahar

The Walt Disney akan terus membangunkan aplikasi mereka Disney+, untuk memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman menonton kandungan terbaik. Sekarang di televisyen, Disney+ sedia menyokong 4K Dolby Atmos, Dolby Vision dan IMAX Enchanced. Akan datang, mereka akan membawakan sokongan HDR10+ pula.

Di acara CES 2025, Marc Finer dari Communication Research Inc. iaitu institusi yang mengiktirafkan dan menguruskan teknologi HDR10+ telah mengumumkan yang sokongan ini akan dibawakan ke Disney+. HDR10+ adalah teknologi alternatif kepada Dolby Atmos yang bersifat sumber terbuka.

Dengan sokongan ini, televisyen yang tiada Dolby Vision tetapi menyokong paparan HDR boleh memanfaatkan ciri ini. Kandungan dengan HDR10+ menawarkan kecerahan yang lebih baik, kontras lebih hebat dan disokong pada lebih 13,000 peranti termasuk Apple TV 4K.

Buat masa ini masih tidak pasti kandungan mana akan menyokong paparan HDR10+ dan adakah ia akan terkesan kepada Disney+ Hotstar sahaja atau terhad kepada Disney+ sahaja. Sama-sama kita nantikan.

Komen