Siri REDMI Note 14 telah pun dilancarkan di China sejak bulan September tahun lepas. Kini selepas 4 bulan menanti, 4 model peranti baharu ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti-peranti ini adalah REDMI Note 14, REDMI Note 14 5G, REDMI Note 14 Pro dan REDMI Note 14 Pro+.
REDMI Note 14 Pro+ dan REDMI Note 14 Pro adalah dua peranti yang lebih kurang sama. Beza utama antara kedua-duanya adalah model Pro+ dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 3, sementara model Pro dijana dengan Dimensity 7300-Ultra. Kemudian adalah rekaan yang mana Pro+ sedikit lebih nipis berbanding Pro.
Lain-lain spesifikasi adalah sama 100%. Skrin kedua-dua peranti menggunakan panel CrystalRes AMOLED bersaiz 6.67-inci beresolusi 1.5K, menyokong kadar segar semula 120Hz bukan LTPO, kecerahan mencapai 3000 nits, menyokong paparan Dolby Vision dan dilindungi dengan kaca Gorilla Glass Victus 2. Sistem kamera juga sama dengan konfigurasi 200+8+2 Megapixel bersama 20 Megapixel untuk swafoto – sekali lagi tanpa kerjasama Leica.
Speaker stereo yang digunakan adalah jenis Dolby Atmos, sistem sekuriti menyokong pengimbas cap jari bawah skrin, dan untuk perlindungan – kedua-dua REDMI Note 14 Pro ini menyokong IP68 dan tubuh yang lebih tahan lasak. Ciri AI turut tidak dilupakan dengan Circle to Search, Google Gemini, AI Erase Pro, AI Image Expansion, AI Beautify dan banyak lagi. Bateri peranti adalah 5110mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W.
REDMI Note 14 dan REDMI Note 14 5G, turut menggunakan skrin lebih kurang sama dengan kedua-dua mode Pro cuma resolusi terhad kepada FHD+ sahaja. Lain-lain seperti 120Hz masih dikekalkan tetapi Dolby Vision digantikan dengan HDR10+. Kecerahan pula terhad sehingga 2100 nits sahaja dan perlindungan pula adalah Gorilla Glass 5.
Untuk cip, model 4G menggunakan Helio G99-Ultra sementara model 5G dengan cip Dimensity 7025-Ultra. Kamera pula sedikit berbeza dengan 4G hanya menyokong 108+2+2 Megapixel dan 5G pula dengan 108+8+2 Megapixel. Untuk kamera swafoto semuanya sama iaitu 20 Megapixel. Bateri peranti adalah 5,500mAh dengan pengecasan 33W untuk REDMI Note 14 4G dan 5,110mAh dengan pengecasan 45W untuk REDMI Note 14 5G.
Ciri AI tidak menyertakan Circle to Search, speaker stereo Dolby Atmos dikekalkan, dan tiada perlindungan kalis air IP68. Kedua-dua peranti ini turut menjalankan HyperOS 2.0 baharu dan mempunyai sokongan pengimbas cap jari bawah skrin juga.
Untuk harga jualan di Malaysia, sempena pelancaran peranti boleh didapatkan pada harga RM749 untuk REDMI Note 14 5G 6/128 GB dan RM1,099 untuk REDMI Note 14 Pro 5G 8/256 GB.
Lain-lain harga adalah seperti berikut;
- REDMI Note 14
- 8/256 GB – RM699
- REDMI Note 14 5G
- 6/128 GB –
RM799RM749 - 8/256 GB – RM899
- 6/128 GB –
- REDMI Note 14 Pro 5G
- 8/256 GB –
RM1,199RM1,099 - 12/256 GB – RM1,299
- 8/256 GB –
- REDMI Note 14 Pro+ 5G
- 12/256 GB – RM1,699
- 12/512 GB – RM1,899