Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpu, 61 unit kereta elektrik (EV) Proton e.MAS 7 akan menjadi kereta kegunaan rasmi delegasi utama. Selain e.MAS 7, sebanyak 194 unit kereta Proton X70 juga akan digunakan.
Langkah ini sekaligus merealisasikan matlamat Malaysia, untuk memperkasakan penggunaan EV di peringkat pentadbiran dan menyokong industri EV tempatan. Proton eMAS 7 yang dilancarkan pada Disember tahun lalu adalah EV pertama keluaran syarikat Malaysia dengan ia akan digunakan untuk membawa Ketua Setiausaha negara terlibat pada tempoh persidangan berlangsung.
Pada perkembangan yang sama, Proton mengumumkan telah menerima lebih 3,000 tempahan untuk Proton e.MAS 7. Oleh itu Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini meneruskan penawaran pakej kuasa dan rebat RM4000 kepada 3000 lagi pelanggan yanbg melakukan tempahan terawal.