Carian
Kerajaan Akan Anjur Kempen Keselamatan Siber Di Semua Sekolah
January 11, 2025 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi mengatakan kerajaan akan menganjurkan kempen keselamatan siber di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia, tidak lama lagi.

Kempen keselamatan siber ini adalah dalam usaha meningkatkan pemahaman dan kesedaran para pelajar berkenaan dengan keselamatan siber – termasuk melibatkan para guru dan juga ibu bapa. Seperti ramai sedia maklum, dengan peralihan ke arena digital, pelbagai kaedah penipuan hadir – membawa kepada keperluan kesedaran keselamatan siber yang lebih tinggi dalam melindungi pengguna.

Penyampaian kempen keselamatan siber ini juga dilihat akan menyentuh topik berbeza untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah – memandangkan pelajar sekolah rendah tidak terdedah kepada media sosial.

Kempen ini dijangka akan dimulakan dalam masa beberapa minggu lagi.

Komen