Durioo merupakan salah satu perkhidmatan penstriman tempatan yang memfokuskan kepada kandungan mesra kanak-kanak, dan turut mengintegrasikan elemen gaya hidup Islam melalui kandungannya. Tidak setakat itu, kini Durioo turut hadir dengan sebuah ciri menjana imej yang membolehkan kanak-kanak untuk bermain-main dalam menjana imej dikuasakan kecerdasan buatan.
Fungsi baharu ini dinamakan sebagai Duri AI Playground, dan membolehkan kanak-kanak untuk menjana imej dengan fokus pada watak Duri. Semua gambar yang dijana akan berpusatkan kepada watak Duri, sekaligus membolehkan kanak-kanak dapat pengalaman dalam menggunakan ciri penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan, dalam keadaan yang sihat dan selamat.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Duri AI Playground ini hari ini, dan ia berfungsi dengan lebih mesra pada peranti mudah-alih. Selari pengenalan ciri ini juga, Durioo turut hadir dengan pertandingan khas, dimana imej Duri janaan yang paling kreatif bersama kapsyen kreatif akan menerima jemputan kepada pelancaran aplikasi Durioo baharu pada minggu hadapan.