HMD Global adalah pemegang lesen mengeluarkan telefon pintar dengan jenama Nokia sejak 2016. Tetapi era telefon pintar Nokia nampaknya telah berakhir dengan laman HMD Global menyatakan pengeluaran telefon pintar seperti Nokia XR21 telahpun dihentikan.

Sejak dua tahun lalu, HMD Global telah memasarkan telefon pintar jenama sendiri dengan model HMD Fusion dijual di Malaysia pada bulan Oktober. Era telefon pintar Nokia sudahpun tamat tetapi telefon selular biasa Nokia masih lagi akan dikeluarkan untuk ke satu tarikh yang belum ditetapkan. HMD Global telahpun menyatakan kelak mereka turut akan mengeluarkan telefon selular biasa mereka sendiri.
Iterasi ketiga telefon pintar Nokia selepas era Symbian dan Windows Phone tidak berjalan lancar selepas gagal memberikan saingan kepada iPhone dan peranti Android. Keputusan menggunakan sistem operasi sendiri sebelum memilih Windows Phone yang juga tidak berjaya meletakkan Nokia di situasi terpaksa mengejar pengeluar lain. Seperti HTC, Nokia yang dahulunya mendominasi pasaran kini tidak lagi dikenali generasi baharu.