Carian
KAF Digital Bank Menerima Kelulusan Untuk Memulakan Operasi Perbankan Digital Islam
January 13, 2025 Aman

Pada hari ini, terdapat beberapa bank digital yang beroperasi di Malaysia, termasuk GX Bank, AEON Bank dan juga Boost Bank. Akan menyertainya tidak lama lagi adalah KAF Digital Bank.

Berkongsi mengenainya, KAF Investment Bank Berhad hari ini menyatakan KAF Digital Bank telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi. KAF Digital Bank merupakan gabungan konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Berhad dan disertai bersama Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan juga StoreHub.

Bank dgital baharu ini akan menggunakan jenama KAF Digital Bank, dan akan memulakan ujian alfa dan beta tidak lama lagi. Buat masa ini, tidak dikongsikan lagi bilakah KAF Digital Bank akan menawarkan operasi perkhidmatan perbankan Islam mereka kepada umum. Selain KAF Digital Bank, satu lagi bank digital yang memfokuskan perbankan Islam adalah AEON Bank.

Komen