Siri Redmi Note 14 Membuat Diri Rasa Senang Hati
Fahim Zahar
Redmi Note 14, Redmi Note 14 5G, Redmi Note 14 Pro 5G dan Redmi Note 14 Pro+ 5G telah pun rasmi dilancarkan di Malaysia pada 10 Januari 2025 lepas. Pengganti siri Redmi Note 13 kali ini datang dengan rekaan lebih premium, lebih tahan lasak dan lebih dahsyat.

Dalam artikel ini, kami kongsi antara perkara menarik yang menjadikan siri Redmi Note 14 sebagai antara peranti wajib beli untuk awal 2025.
HiperLasak – IP68 + Corning Gorilla Glass Victus V2
Jadi, kali ini jika Redmi Note 14 Pro+ 5G anda terjatuh di dalam air seperti di tepi kolam atau terkena dengan air hujan – usah risau kerana peranti masih akan bertahan lagi. Malah dengan teknologi Wet Touch 2.0, skrin yang basah turut masih boleh disentuh seakan air tidak pernah terkena pun pada skrin CrystalRes AMOLED peranti.
Jadi, kali ini jika Redmi Note 14 Pro+ 5G anda terjatuh di dalam air seperti di tepi kolam atau terkena dengan air hujan – usah risau kerana peranti masih akan bertahan lagi. Malah dengan teknologi Wet Touch 2.0, skrin yang basah turut masih boleh disentuh seakan air tidak pernah terkena pun pada skrin CrystalRes AMOLED peranti.

Kemudian dengan kaca perlindungan Gorilla Glass Victus 2 yang setaraf dengan peranti mercu premium generasi lepas, Redmi Note 14 Pro+ 5G akan selamat berada di dalam kocek bersama-sama dengan kunci dan syiling. Malah, jika terjatuh kena bucu katil pun – peranti tidak akan mudah calar, pecah atau retak berbanding biasa.

*Aksi peranti di dalam kolam dan peranti terjatuh hanyalah di dalam artikel ini hanyalah simulasi untuk iklan semata-mata. Pihak Amanz dan Xiaomi Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan disebabkan kecuaian sendiri.
HiperHebat – HyperOS 2.0 + AI Generatif
Empat pilihan cip pemprosesan boleh didapatkan bersama siri Redmi Note 14 iaitu Helio G99-Ultra, Dimensity 7025-Ultra, Dimensity 7300-Ultra dan Snapdragon 7s Gen 3. Bersama-sama dengan cip ini, setiap Redmi Note 14 menjalankan sistem operasi HyperOS 2.0 (Akan datang), lengkap dengan ciri AI generatif yang berguna.

Kamera 200 Megapixel pada keluarga Redmi Note 14 Pro 5G turut dilengkapi dengan kemampuan AI untuk pengalaman fotografi terbaik. Imej boleh diproses dengan lebih pantas dan hasil turut boleh disunting dengan AI. Hasil suntingan kemudiannya boleh dikongsi bersama dengan tersayang untuk kenangan terindah.
Antara ciri suntingan AI yang akan diberikan kelak pada kedua-dua Redmi Note 14 Pro adalah AI Eraser Pro, AI Image Expansion dan AI Cutout.

Lima yang lain difokuskan adalah AI Notes, AI Recorder, Gemini, AI Interpreter, AI Subtitles dan Circle To Google Search. AI Notes dan AI Recorder adalah padanan ciri yang menarik. Dalam aplikasi Nota tersendiri HyperOS, Notes boleh merumuskan kandungan selain turut mengubah teks ke format lain atau tona bahasa lain. Ia juga menyokong ciri menulis semula, menyemak ejaan dan banyak lagi. Dalam aplikasi Recorder, AI boleh menjana transkrip teks dan merumuskan keseluruhan rakaman.

Bercakap mengenai transkrip teks, AI Interpreter dan AI Subtitles juga cukup menakjubkan. Pelbagai bahasa ketika perbualan dan ketika menonton drama boleh diterjemah. Ia memahami bahasa asing dan menjana teks dalam bahasa yang pengguna faham. Akhir sekali, Circle to Search with Google iaitu ciri carian AI yang seronok digunakan dan sangat berguna yang pernah wujud setakat ini.
Hiper – awalan asing terlampau atau terlebih daripada biasa. Harga jualan siri Redmi Note 14 ini pasti akan Hiperjimatkan anda. Dengan harga jualan bermula RM699 untuk model asas, kemudian bermula RM1,199 untuk model Pro dan meningkat sehingga bermula RM1,699 untuk model permulaan Pro+.
| Model | Variasi | Harga Jualan |
|---|---|---|
| Redmi Note 14 Pro+ 5G | 12GB + 256GB | RM 1,699 |
| 12GB + 512GB | RM 1,899 | |
| Redmi Note 14 Pro 5G | 8GB + 256GB (Hanya di atas talian) | RM 1,199 |
| 12GB + 256GB | RM 1,299 | |
| Redmi Note 14 5G | 6GB + 128GB (Hanya di atas talian) | RM 799 |
| 8GB + 256GB | RM 899 | |
| Redmi Note 14 | 8GB + 256GB | RM 699 |
Jika anda tanya kami di Amanz, untuk awal 2025 – penawaran Xiaomi Malaysia untuk siri Redmi Note 14 ini adalah sangat menarik berbanding peranti kelas pertengahan lain. Harga yang jackpot tetapi menerima spesifikasi dan ciri seakan sebuah peranti mercu.

Jika anda ingin bantuan lagi untuk menentukan Redmi Note 14 mana yang ingin dibeli, berikut adalah jadual perbandingan spesifikasi dan harga. Anda boleh dapatkannya di Xiaomi Store, Mi.com, Lazada Dan Shopee pada harga bermula RM699.
PERBEZAAN ANTARA SETIAP REDMI NOTE 14
| REDMI Note 14 | REDMI Note 14 5G | REDMI Note 14 Pro 5G | REDMI Note 14 Pro+ 5G |
| 6.67″ AMOLED FHD+ 120Hz, 1800nits, Corning Gorilla Glass 5 | 6.67″ AMOLED FHD+ 120Hz, 2100nits, Corning Gorilla Glass 5 | 6.67″ CrystalRes AMOLED 1.5K+ 120Hz, 3000nits, Corning Gorilla Glass Victus 2, Dolby Vision | 6.67″ CrystalRes AMOLED 1.5K+ 120Hz, 3000nits, Corning Gorilla Glass Victus 2, Dolby Vision |
| Helio G99-Ultra (6mm) 2x 2.2 GHz Cortex-A76 6x 2.0 GHz Cortex-A55 | Dimensity 7025-Ultra (6mm) 2x 2.5 GHz Cortex-A78 6x 2.0 GHz Cortex-A55 | Dimensity 7300-Ultra (4nm) 4x 2.5 GHz Cortex-A78 4x 2.0 GHz Cortex-A55 | Snapdragon 7s Gen 3 (4nm) 1x 2.5 GHz Cortex-A720 3x 2.4 GHz Cortex-A720 4x 1.8 GHz Cortex-A520 |
| Mali-G57 MC2 | IMG BXM-8-256 | Mali-G615 MC2 | Adreno 710 (940MHz) |
| 8/256 GB | 6/128 GB 8/256 GB | 8/256 GB 12/256 GB | 12/256 GB 12/512 GB |
| Kamera Utama 108MP, utama ƒ/1.7 2MP, kedalaman ƒ/2.4 2MP, makro ƒ/2.4 Kamera Hadapan 20MP, ƒ/2.2 | Kamera Utama 108MP, utama ƒ/1.7, OIS 8MP, sudut ultra lebar ƒ/2.2 2MP, makro ƒ/2.4 Kamera Hadapan 20MP, ƒ/2.2 | Kamera Utama 200MP, utama ƒ/1.65 8MP, sudut ultra lebar ƒ/2.2 2MP, makro ƒ/2.4 Kamera Hadapan 20MP, ƒ/2.2 | Kamera Utama 200MP, utama ƒ/1.65 8MP, sudut ultra lebar ƒ/2.2 2MP, makro ƒ/2.4 Kamera Hadapan 20MP, ƒ/2.2 |
| IP54 | IP64 | IP68 | IP68 |
| Tiada bicu audio | Tiada bicu audio | Tiada bicu audio | Tiada bicu audio |
| Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Stereo |
| 5,500mAh 33W Berwayar | 5,110mAh 45W Berwayar | 5,110mAh 45W Berwayar | 5,110mAh 120W Berwayar |
| RM699 8/256 GB | RM799 6/128 GB RM899 8/256 GB | 8/256 GB RM1,199 12/256 GB RM1,299 | 12/256 GB RM1,699 12/512 GB RM1,899 |
*Penafian, ini adalah advertorial dari Xiaomi Malaysia