UK kini sedang mempertimbangkan untuk bangunkan pesaing tersendiri untuk OpenAI, sekaligus mempunyai alternatif penawaran dan infrastruktur tersendiri. Untuk mencapai perkara berkenaan, UK kini merangka beberapa langkah.
Antaranya adalah untuk membentuk zon pembangunan kecerdasan buatan, selain pada masa yang sama meningkatkan kapasiti pusat data di UK. Disamping itu, UK turut ingin membentuk model kecerdasan tersendiri, menggunakan data-data daripada universiti awam, dan pelbagai institusi awam yang lain.
Dengan langkah ini, UK ingin mengalakkan lagi pembangunan firma kecerdasan buatan, dan memposisikan UK sebagai salah satu hab untuk kecerdasan buatan, dan kurangkan kebergantungan kepada teknologi Amerika Syarikat. Namun, seperti biasa, ia masih mempunyai sejumlah cabaran tersendiri, termasuk berkenaan pendanaan dalam menyokong syarikat rintis di sana.