Carian
Arab Saudi Akan Menjual Uranium Bagi Keperluan Loji Tenaga Nuklear
January 13, 2025 Effi Saharudin

Arab Saudi mengumumkan mereka akan mula menjual uranium diperkaya kepada negara yang memerlukannya bagi keperluan penjanaan elektrik menggunakan kuasa nuklear. Uranium diperkaya ataupun Yellowcake diperlukan untuk stesen janakuasa nuklear tetapi tidak boleh digunakan untuk penghasilan senjata.

Uranium akan dijual walaupun Arab Saudi masih belum lagi mempunyai loji nuklear tetapi terdapat perancangan membinanya bagi mempelbagaikan sumber tenaga negara. Dalam tinjauan geologi yang dilakukan empat tahun lalu, dianggarkan terdapat 90,000 ton uraniun di Arab Saudi. Ini adalah mencukupi bagi keperluan tenaga tempatan dan juga eksport.

Pada waktu ini hanya Emiriah Arab Bersatu dan Iran sahaja mempunyai loji tenaga nuklear. Iraq pernah memilikinya tetapi tidak lagi beroperasi disebabkan oleh peperangan.

Komen