ASUS Zenfone 12 Ultra Akan Tiba Pada Februari 2025
Amy Maizuraa
ASUS dalam persediaan hadir dengan telefon pintar siri Zenfone baharunya iaitu ASUS Zenfone 12 Ultra pada Februari akan datang. Teknologi AI akan merevolusikan telefon pintar baharu ASUS ini termasuk aspek fotografi untuk meningkatkan kualiti gambar menjadi lebih baik. Selain itu dipercayai menawarkan lebih banyak peningkatan menarik berbanding pendahulunya.

ASUS juga memberi bayangan keupayaan rakaman 4K dan ciri penjejakan dengan fokus terbina untuk video akan disediakan. Dalam masa sama dijangka menawarkan peningkatan lebih baik untuk kualiti imej. ASUS telah mula beralih ke arah binaan peranti lebih kompak bermula tahun lalu melalui siri Zenfone 11. Keadaan itu jelas menggambarkan bahawa penerimaan peranti yang kompak masih relevan di era serba digital ini.
Butiran lanjut tentang Zenfone 12 Ultra masih dirahsiakan. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti baharu ASUS ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.