Carian
Jualan Jam Penggera Nintendo Alarmo Akan Diperluaskan
January 14, 2025 Fahim Zahar

Tahun lepas, Nintendo melakukan kejutan dengan melancarkan produk baharu iaitu Nintendo Sound Clock Alarmo. Ia adalah jam penggera dengan pelbagai bunyi daripada permainan milik Nintendo selain turut mempunyai sensor untuk mengesan pergerakan pengguna di atas katil.

Ketika jam ini diperkenalkan, jualan hanya terhad kepada pelanggan Nintendo Switch Online iaitu perkhidmatan langganan untuk Nintendo Switch. Bermula bulan Mac nanti, jualan akan mula terbuka kepada umum dan diperluaskan ke lebih banyak negara lain. Kini selain Amerika Syarikat adalah Eropah dan United Kingdom.

Dengan Covergent Distribution telah menjadi pengedar rasmi Nintendo Switch di Malaysia serta turut mengendalikan Shopee serta Lazada rasmi, kita masih tidak tahu jika Alarmo akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Di AS harga jualan adalah $99.99, jika ia dijual di Malaysia ia mungkin akan menjadi sekitar RM499.

Komen