Pihak polis dibenarkan untuk memeriksa peranti-peranti pintar rakyat sekiranya mereka disyaki ataupun mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mereka telah melakukan sebarang kegiatan jenayah.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, yang mengatakan bahawa perkara ini termaktub dibawah Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah sekiranya ia disyaki bahawa sesiapa memiliki kandungan atau melakukan komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan juga mengancam.
Kesalahan-kesalahan yang dikatakan ini adalah berdasarkan peruntukan undang-undang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Akan tetapi, beliau turut mengatakan bahawa pemeriksaan ini hanya akan dijalankan oleh pegawai polis dengan pangkat sekurang-kurangnya Inspektor dan keatas. Sekiranya sebarang bahan-bahan lucah ditemui didalam telefon, mereka boleh ditangkap dibawwah Seksyen 292 Kanun Keseksaan tanpa memerlukan sebarang waran.
Sekiranya terdapat aplikasi judi dalam talian di dalam telefon bimbit seseorang dan ia juga merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh ditangkap tanpa waran mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.