Carian
Indonesia Merancang Untuk Kuat-kuasa Had Umur Minima Untuk Menggunakan Media Sosial
January 14, 2025 Aman

Pelbagai kajian hadir kebelakangan ini mengatakan media sosial tidak begitu sihat untuk kanak-kanak. Selari dengannya, negara seperti Australia telah mengharamkan mereka berumur bawah 16 tahun daripada mengakses media sosial, sementara China yang turut mengenakan kawalan bukan sekadar media sosial, tetapi juga untuk permainan video.

Terbaru, kerajaan Indonesia turut dikatakan merancang untuk memperkenalkan perundangan yang akan menetapkan had minima umur untuk menggunakan media sosial. Langkah ini adalah dalam usaha lebih melindungi kanak-kanak daripada arena media sosial.

Walaubagaimanapun, had umur yang akan dikenakan tidak dikongsikan lagi buat masa ini. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan pelaksanaan had umur minima ini di Indonesia dalam masa terdekat ini, dan bagaimanakah kaedah pengharaman penggunaan akan dilaksanakan.

Komen