Ketua Instagram hari ini berkongsi menyatakan aplikasi media sosial tersebut mempunyai sejumlah perancangan pada tahun 2025 ini, selari dengan perkembangan dunia. Disamping beberapa perkara seperti nota komuniti dan lain-lain yang menjadi perbincangan sejak awal Januari 2025 tempoh hari, kini Ketua Instagram, Adam Mosseri mengatakan platform tersebut akan turut mengutamakan perkongsian kandungan asli dan kreatif.

Ini sekaligus secara tidak langsung memperlihatkan Instagram mengalakkan orang ramai untuk melakukan perkongsian kandungan yang asli terlebih dahulu di platform tersebut, disamping turut hadir dengan kandungan-kandungan serta perkongsian yang kreatif. Sejak populariti TikTok, ramai pengguna yang memilih untuk melakukan perkongsian di TikTok terlebih dahulu, sebelum memuat-naik video sama ke platform Instagram. Hal ini juga dilakukan disebabkan sokongan penyuntingan yang lebih menarik pada TikTok.
Perkara ini dikongsikan menjelang Ketua Instagram hanya beberapa hari lagi berbaki sebelum perintah pengharaman TikTok berkuat-kuasa di Amerika Syarikat – sekiranya arahan sebaliknya tidak diaktifkan menjelang 19 Januari 2025.