Meta Ingin Membuang 5% Pekerja, Melibatkan Yang Berprestasi Rendah
Aman
Meta, syarikat induk sebalik Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp kini dilaporkan merancang untuk mengurangkan sejumlah tenaga kerja mereka – melibatkan 5% pekerja yang berprestasi paling rendah dalam syarikat tersebut.
Langkah ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi keseluruhan syarikat, dengan mengurangkan tenaga kerja yang kurang berprestasi berbanding lain. Mark Zuckerberg melalui memo, mengatakan kebiasaannya syarikat Meta akan menetapkan masa sekitar setahun untuk menilai seseorang pekerja berkenaan sasaran dan prestasi yang ditetapkan, namun kini mereka bergerak pantas, dan akan membuang pekerja yang berprestasi rendah.
Dengan Meta melakukan perkara ini, tidak mustahil syarikat teknologi yang lain turut mengikut jejak, dan membuang pekerja-pekerja yang tidak mencapai prestasi setanding rakan sekerja yang lain.
Meta dilihat berhasrat untuk mengisi kembali jawatan-jawatan yang dikosongkan ini dengan pekerja baharu kelak. Seperti biasa, pekerja yang terkesan akan menerima pampasan yang sepatutnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.