Carian
Kelak Anda Boleh Berkolaborasi Melakukan Penyuntingan Bersama Pada Adobe Photoshop
January 15, 2025 Aman

Ada kalanya ketika melakukan penyuntingan gambar, anda perlukan sentuhan beberapa penyunting grafik, dalam memastikan hasil akhir yang cantik dan kemas. Ini kebiasaannya akan memerlukan sesuatu fail dikongsikan secara manual, atau melalui penggunaan perkhidmatan awanan yang terbina pada Adobe.

Kini, dalam usaha memudahkannya lagi, Adobe mengumumkan mereka sedang menguji sebuah ciri baharu pada Photoshop, dinamakan Live Co-Editing. Seperti pada namanya, ia membolehkan anda berhubung dengan beberapa penyunting lain, dan melakukan penyuntingan bersama secara serentak pada waktu yang sama.

Secara kasar, ia akan berfungsi seperti pada Google Docs, dimana anda boleh melihat apakah yang sedang dilakukan orang lain, termasuk nama mereka dan bahagian yang sedang mereka sunting.

Adobe mengatakan ini akan memudahkan sejumlah perkara, termasuk dari segi pekerjaan, mahupun pembelajaran dan pengajaran. Buat masa ini, Adobe dalam fasa ujian untuk ciri ini, dan ingin mendapatkan maklumbalas terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ia secara meluas. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk mencuba ciri Live Co-Editing pada Adobe Photoshop hari ini.

Komen