Cari @ Amanz

Laman Ini Menawarkan Lebih 10,000 Gambar dan Ilustrasi Bersejarah Milik Domain Awam

Link Copied!

Proses mencari gambar yang boleh digunakan untuk penerbitan ialah sangat menjerihkan kerana bukan semua gambar boleh digunakan dengan percuma. Bagi mereka yang imej bersejarah yang kini adalah milik domain awan, The Public Domain Image Archive ialah laman yang menawarkan lebih 10,000 gambar dan juga ilustrasi yang boleh digunakan secara percuma.

Laman ini dibangunkan oleh The Public Domain Review yang sudah mengumpul kandungan domain awam sejak 2011. Kandungan di laman ini merangkumi sejarah manusia sejak 2000 tahun lalu dengan terdapat ilustrasi manuskrip, gambar misi ke angkasa lepas dan juga gambar atlet sukan terkemuka.

Kandungan boleh dicari menggunakan kata kunci sebelumnya disaring mengikut tema, gaya, tarikh dan pengkarya yang menghasilkannya. Untuk melihat sendiri arkbi domain awam ini sila ke pautan di bawah.


Komen ()