Carian
Sejumlah Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Waktu Pada 8 & 15 Februari 2025
January 15, 2025 Amy Maizuraa

Maybank telah mengumumkan gangguan perkhidmatan sistem berjadual pada 8 dan 15 Februari 2025. Terdapat beberapa perkhidmatan dan platform utama yang tidak dapat tidak dapat diakses bermula dari jam 3.00 sehingga 7.00 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.

Maybank MAE

Ianya merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow Overseas Transfer, JomPay, Instant Transfer, MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO (IBG), FPX, Direct Debit dan QRPay. Sementara itu platform-platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).

Bagi mengurangkan sebarang kesulitan dalam tempoh ini, sila lakukan transaksi anda terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, boleh menghantar email bertulis ke [email protected] atau hubungi di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Komen