Carian
Shopee Kini Menambah Penawaran Perlindungan Takaful Untuk Kenderaan
January 15, 2025 Aman

SeaMoney melalui Shopee kini menambah sebuah lagi ciri kewangan terbaru, iaitu kemudahan untuk membeli perlindungan takaful untuk kenderaan. Untuk tujuan ini, mereka bekerjasama dengan Takaful Ikhlas General Berhad.

Penawaran terbaru ini adalah tambahan kepada pilihan penawaran insurans sedia ada, dan penawaran bersama Takaful Ikhlas ini adalah patuh syariah.

Bersama-sama pengenalan ini, Shopee menawarkan baucar RM15 untuk semua produk Takaful Ikhlas melalui platform mereka, disamping diskaun sebanyak 10%. Bagi anda yang menggunkan Shopee, boleh menyemak pada aplikasi dibahagian “Finance” dan pilih “Insurance”.

Komen