Huawei sebelum ini pernah berkongsi mengenai kerjasama dengan Kumpulan Touch ‘n Go menerusi Touch ‘n Go eWallet untuk penyelesaian pembayaran melalui kod QR secara masa nyata. Seterusnya memberi kemudahan pembayaran nirtunai kepada orang ramai melalui rangkaian jam tangan Huawei yang terpilih.

Kini kaedah pembayaran ini sudah boleh digunakan dan menjadikan proses itu sepenuhnya digital tanpa sentuhan. Hal ini juga sebenarnya mengelakkan berlakunya penipuan wang atau kegiatan jenayah seperti rompakan. Selain itu memudahkan urusan kerana transaksi menjadi lebih pantas melalui imbasan kod khas yang disediakan. Antara model jam tangan pintar yang disokong termasuk Huawei Watch GT 4, siri Huawei Watch GT 5, Huawei Watch Fit3, Huawei Watch Ultimate dan Huawei Watch D2.