CelcomDigi kini hadir dengan promosi khusus, menawarkan pilihan pas data berjumlah 2888GB pada harga RM7. Pas ini membawakan masa penggunaan aktif selama 4 hari, dan boleh digunakan untuk rangkaian 4G dan juga 4G.
Selain pas data khusus, pihak CelcomDigi turut menawarkan pas 2888GB untuk video pada harga RM6 hari – dan masa penggunaan selama 4 hari. Pas khusus video ini ditawarkan untuk beberapa aplikasi terpilih, iaitu YouTube, Netflix, Viu, iQiyi, dan Disney+ Hotstar.

CelcomDigi mengatakan pas ini boleh dibeli oleh semua pelanggan prabayar dan pasbcayar melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Promosi ini ditawarkan sehingga 28 Februari 2025 kelak.