Cari @ Amanz

Video Seruan Azan TV3 dan TV9 Dijana Menggunakan Kecerdasan Buatan

Link Copied!

Kecerdasan buatan (AI) generatif telah digunakan untuk menjana montaj pembukaan siri TV Secret Wars di Disney+ Hotstar dan menghasilkan video muzik kumpulan KRU. Untuk tahun 2025, saluran TV3, TV9 dan Tonton akan menggunakan pula seruan azan yang dihasilkan menggunakan AI.

Visual terbaru ini menggantikan visual yang telah digunakan sejak 10 tahun yang lalu dengan ia kali pertama ke udara ketika waktu solat Zohor semalam. Ia menampilkan suara Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki yang merupakan iman Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Hampir 70% visual yang digunakan video azam terkini ini dijana oleh AI.

Menurut Ruzmi Kamarudin, Ketua Jabatan Kandungan Islam Media Prima teknologi AI generatif digunakan bagi menunjukkan teknologi dan dakwah di media dapat digabungkan bagi mencapai golongan sasar.


Komen ()