Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Aplikasi Office Untuk Windows 10 Pada Oktober 2025
Aman
Office merupakan antara aplikasi yang digunakan ramai untuk tujuan pekerjaan dan produktiviti. Terbaru, Microsoft berkongsi sedikit kemaskini untuk penawaran aplikasi Office, khususnya bagi pengguna Windows 10.
Windows 10 akan ditamatkan sokongannya pada 14 Oktober 2025 kelak. Bersama-sama dengannya juga, kini Microsoft mengumumkan sokongan untuk aplikasi Office turut akan ditamatkan pada tarikh sama.
Sekiranya anda menggunakan Office melalui Microsoft 365, selepas tarikh berkenaan, pengguna digalakkan untuk naik-taraf kepada Windows 11 untuk terus menggunakannya. Bagi pengguna sedia ada, pelbagai aplikasi Office masih boleh diakses selepas tarikh tersebut, namun ia tidak akan menerima kemaskini, dan mungkin juga tidak begitu stabil.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.